Saturday, January 1, 2011

Tahun baru/ tahun lama Gregorian/ antara wang dan sekeping hati

dari dalam poket:
-4 helai kertas nota satu ringgit
-3 keping syiling lima puluh sen
-3 keping syiling 20 sen
-3 k3ping syiling 10 sen
-jumlah=RM 6.40,

suatu pengakhiran hujung tahun dan permulaan tahun yang amat (mungkin yang paling) baik sekali. memahami erti bersyukur, tersenyum dan ketawa.

dan sekeping hati - bukan untuk dijual beli - akan kusimpan baik-baik di dalam poketku, mana tahu hati itu akan menyerap masuk ke dalam tubuh menjadi jantung, mengepam darah kehidupan, siapa tahu jiwa dan nyawa bercantum menjadi si jantung hati yang dinanti. ranting-ranting kenangan pasti gugur, mereput hancur. di tubuh pohon menumbuhkan tunas-tunas baru, menghijau segar dan udara pagi yang cukup nyaman.

1 comment: